- Bahan2 untuk krim kastard: 1/2 cawan tepung gandum 1/2 sudu besar tepung kastard 1/2 cawan gula castor 4 biji kuning telur 3 cawan susu segar 1 sudu kecil esen, secubit garam, 30 gram butter
- Masukkan tepung2, gula, kuning telur & 1 cawan susu dan kacau sebati. Masukkan baki susu td da kacau hgga tidak berketul.
- Panaskan adunan td atas api sederhana & sentisa kacau.
- Sentiasa kacau supaya bawah tak hangit n berketul
- Kacau sampai jd likat & pekat mcm ni
- Ni rupa krim yg siap dimasak.
- Masukkan butter dan gaul sebati & rata. Lakukan semasa krim masih panas. Nanti butter tu akan cair dlm adunan krim tu.
- Ni non dairy whipping cream yg saya guna or ade yg panggil fresh cream..jgn tersilap dgn yg anchor tu ye..ni ade jenama lain mcm top pride, vivo mauri dll.
- Putar krim hingga kental mcm ni
- Masukkan krim kastard yg kte da sejukkan dlm peti ais semalaman.
- Putar krim kastard bersama whipped cream td hingga sebati.
- Ni la rupa krim yg da sebati. Masukkan dlm peti sejuk
- Bahan2 Puff Pastry: 120 gm butter 3/4 cawan air 170 gm tepung gandum (ayak) 4 biji telur (kalau adunan keras blh tmbahkan 1 bj telur lg) 1/4 sudu teh garam
- Masukkan butter, air & garam dalam 1 periuk.
- Masak atas api & kacau guna senduk kayu.
- Biarkan hingga mendidih
- Setelah mendidih, tutupkan api & tuangkan tepung td.
- Kacau sebati hingga x nampak putih2 tepung tu
- Kacau hingga jd doh lembut mcm ni.
- Pasang api blk & kacau adunan doh td tu sampai nmpk kepingan nipis terbentuk. Kalau kte gosok kt dasar periuk tu dgn senduk da nmpk mcm keping2 mcm kerak gitu. Pastu tutup api. Ni nk bg tepung tu betul2 masak so nnt bila bakar dia x turun.
- Masukkan adunan doh td dlm mixer bowl
- Kacau rata telur td * saya guna telur sejuk dr peti ais. ikut pada pengalaman saya telur sejuk dr peti lg elok utk creampuff
- Putar adunan yg ditambah telur td. Masukkan telur sedikt demi sedikit
- Adunan yg telah siap..kte nak adunan yg mcm ni. Adunan tu x bape cair n x bape pekat.
- Contoh nozzle yg saya guna. Nozzle no 35
- Pipe kan adunan tinggi2 dlm 4 ke 5 kali pusing. Kalau x tinggi nnt dia x naik kembang sgt. Adunan td sepatutnya blh dibentuk mcm ni. kalau adunan cair da x dpt kekalkan bentuk tu
- Bakar 10 minit pertama suhu 225 celsius. Turunkan suhu pada 175 celsius dan pasang kipas utk bg gebu. Turunkn lg suhu pd 5 min terakhir
- Haaa da siap akan jd camni la..naik gebu & berongga
- Mengoda kan? aumm..




























