SPICY TUNA MAYO BUN
Bahan-bahan:
200 ml cecair (1 biji telur + fresh milk = 200ml)
250 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
25 gram gula
25 gram shortening
25 gram butter / marjerin
1 1/2 sudu kecil dry yeast
1 sudu kecil bread softener
1 sudu kecil bread improver
1/2 sudu kecil garam
Bahan untuk glis roti:
1 sudu kecil telur di ambil dari telur di atas.
1 sudu kecil fresh milk
sedikit butter / marjerin
Bahan sampingan :
spray air untuk melembabkan roti
Inti Spicy Tuna Mayo
Cara-cara:
Pecahkan telur di dalam cawan penyukat. Kacau rata. Ketepikan 1 sudu kecil telur (campur telur ini dengan 1 sudu kecil fresh milk dan kacau rata, guna untuk glis permukaan roti nanti)
Masukkan fresh milk ke dalam cawan penyukat yang mengandungi telur dan penuhkan sehingga 200ml.
Tuang ke dalam bread maker.
Masukkan garam, butter, shortening, tepung, bread softener, bread improver, gula dan dry yeast dalam bread maker. Pilih setting ‘dough’ dan tekan button on. Biarkan sehingga kerja-kerja menguli selesai.
Keluarkan doh dari BM dan tumbuk doh untuk mengeluarkan udara.
Bahagikan kepada 12 bahagian sama besar. Ambil sebiji doh, leperkan dan masukkan inti tuna pedas dan tutup roti dengan rapat dan kemas. Letakkan di atas tray oven yang telah di alas dengan cooking sheet. Jarakkan antara satu sama lain untuk roti mengembang nanti. Buat semua doh sehingga habis.
Panaskan oven 180 darjah celcius selama 3 minit. Kemudian off kan oven. Masukkan doh roti tadi ke dalam oven (TANPA ON OVEN) dan biarkan doh naik selama 25-30 minit.
Keluarkan dari oven dan sapu/ glis permukaan doh dengan campuran telur dan susu.
Spray permukaan roti dengan air.
Bakar di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 10 minit.
Selepas 10 minit buka oven dan sapukan permukaan roti dengan butter / marjerin.
Kemudian bakar lagi selama 8 – 10 minit sehingga permukaan roti bewarna perang.
Keluarkan dari oven dan sejukkan roti di atas jaring.
Simpan di dalam bekas kedap udara. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.
Note : Selain tuna bun ini boleh diisi dengan inti kegemaran ada seperti sardin, chicken curry, inti kentang karipap atau lain-lain inti.
==========================
Dkongsi Oleh: E-NaLovely Kitchen
Link Blog: http://
==========================
