Bahan-bahan
1 cup gula castor
1/2 cup heavy cream – saya pakai jenama Anchor
1/3 cup butter sejuk – saya pakai jenama Anchor
4 tablespoon air
1/2 teaspoon garam – saya suka sedikit salty, jadi saya letak 1 teaspoon
1/2 teaspoon vanilla essence
Cara-cara buat sos karamel
- Masukkan air dan kemudian gula kedalam periuk. Buka api. Eh mana api.. hehe ni pakai induction cooker. Induction cooker senang nak adjust suhu sikit.
- Buka api perlahan dan sederhana dan didihkan sambil gerak-gerakkan periuk supaya gula dan air sebati. Pakai senduk nanti senduk tu melekat kadang-kadang. Pakai induction cooker ni suhu buka 800 je. Memang ambil masa sikit ye supaya gula betul larut dan air tu sedikit kering, tak boleh terburu-buru sekejap kuatkan api, sekejap perlahankan. Biar je pada suhu yang perlahan. Bila air banyak tersejat semasa gula mencair, barulah karamel tak cair dan elok je pekatnya.. Jadi biar masak lama sikit pun tak apa.
- Tunggu sampai gula cair sepenuhnya dan akan mula bertukar perang tetapi hati-hati jangan hangus.
- Terus masukkan butter sejuk dan kacau sekejap
- Terus masukkan krim dan kacau lagi sehingga butter cair sepenuhnya dan krim sebati
- Didihkan sekejap lagi sambil dikacau lagi di tepi periuk. Sebab kadangkala bila masuk butter sejuk dan krim, gula akan ada yang membeku sikit. Jangan risau kacau je atas api perlahan sampai larut balik. Kacau sehingga betul betul sebati dan halus je tekstur karamel sos tu. Masukkan garam dan esen vanila dan terus kacau rata,
- Dah siap caramel sauce kita. Biarkan sejuk sebelum disimpan dalam botol
- Simpan dalam botol kaca supaya lebih tahan lama. Botol sos tu simpan dalam peti ais. Jangan simpan di luar peti ais kerana kandungan krim dan butter boleh buatkan sos karamel jadi tengik. Bila nak guna biarkan kejap pada suhu bilik, cedok dan simpan semula.

