PUDING BUAH NAGA (DRAGONFRUIT)

puding buah naga

RESEPI PUDING BUAH NAGA
.
Bahan-Bahan:
.
Lapisan Putih –
5gm agar² serbuk
110gm gula pasir
400ml air
1 cawan non-diary whipping cream, dipukul sehingga kaku
.
Lapisan Merah –
300gm isi buah naga merah, dikisar
10gm agar² serbuk
240gm gula pasir
2-3 sudu teh perahan limau nipis
950ml air
10 biji buah starwberry, diksiar (opt)
.
Cara Membuat:
.
1. Puding Merah – Didihkan air. Satukan agar-agar dan gula. Masukkan ke dalam air mendidih tadi. Kacau rata hingga gula melarut.
.
2. Masukkan buah naga dan strawberry kisar. Kacau rata. Matikan api dahulu, baru masukkan air perahan limau nipis.
.
3. Tuangkan ke dalam loyang/acuan dan biarkan ¾ beku.
.
4. Puding Putih – Didihkan air. Satukan agar-agar dan gula. Masukkan ke dalam air mendidih tadi. Kacau rata hingga gula melarut.
.
5. Masukkan whipping cream. Kacau sebati dan biarkan mendidih sekejap. Tuang ke atas adunan merah tadi. Bekukan.
.
Nota: Cakar-cakar manja adunan merah supaya adunan putih melekat elok nanti.
.

Share Supaya Tak Hilang
Sila Comment “Mohon Share” dan tekan Share supaya fanpage lebih aktif di News Feed

  • Add Your Comment