
RESEPI POPIA MINI IKAN BILIS
Bahan-bahan serunding ikan bilis
200g ikan bilis putih
20 tangkai cili kering (saya guna 2 sudu besar cili kisar Puteri)
1 cm halia (dihiris)
1 cm lengkuas (dihiris)
6 batang serai (saya guna 3 batang serai je dan dihiris halus)
250g santan pekat
1 sudu kecil jintan (dikisar)
1 sudu kecil biji ketumbar (dikisar)
1 labu bawang besar (kuning)
garam & gula secukup rasa
1 paket kulit popia saiz kecil (saya potong 4 kemudian setiap bahagian segiempat itu dipotong 2 menjadi bentuk segitiga)
minyak untuk menggoreng penuh
Cara membuatnya
1. Ikan bilis direndam sekejap, dibilas dan dikisar bersama bahan-bahan lain
2. Masukkan semua bahan bersama santan dan masak hingga kering dengan api sederhana
3. Kalau masih belum betul-betul halus, apabila serunding kering, kisar lagi dengan pengisar kering
4. masak hingga serunding kering
5. Lipat/simpul dengan kulit popia. Sekiranya lipat gunakan tepung gandum yang dicampur dengan sedikit air sebagai gam untuk melekatkan kulit popia
6. Cara melipat popia mini – letakkan serunding dibahagian paling lebar segititiga tersebut, lipat kiri kanan dan gulungkan bahagian yg lebar tadi, sapu gam pada hujung kulit popia yg tirus.
7. Apabila popia sudah siap digulung jemurkan sekejap supaya kulit popia lebih garing apabila digoreng nanti
8. Goreng dalam minyak penuh dengan api sederhana, kulit popia mudah hangus jangan goreng terlalu lama
Kalau nak guna inti serunding udang kering pun boleh.