Peria Tumis Kering
———————–
Bahan-bahan:
Peria dipotong kepingan secukupnya
2 ulas bawang kecil
Sebiji cili merah
1 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
Garam
Lada sulah
Minyak untuk menumis
Cara memasak:
Rendam potongan peria dalan air bergaram selama 15 – 20 minit dan toskan. Tumbuk bawang kecil, bawang putih, ikan bilis dan cili merah sehingga hampir lumat. Tumis bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan potongan peria dan perasakan dengan garam dan lada sulah. Jika mahu, boleh pecahkan telur dan kacau sehingga telur masak dan sebati dengan peria. Angkat dan hidangkan.
* Pengambilan peria dikatakan dapat membantu ibu mengatasi masalah kesukaran membuang air besar selain meningkatkan penghasilan susu ibu.
