Mee Rebus Johor

Mee rebus Johor

MEE REBUS JOHOR

Bahan bahan:
3 biji bawang besar
5 biji bawang putih
1/2inchi halia
2 batang serai
1/2 inchi lengkuas
1/2 mangkuk kecil buah keras
2 biji keledek – rebus
1 mangkuk ikan bilis rebus ( yang ini siap direbus ya bukan kita rebus sendiri )
1 mangkuk udang geragau rebus ( yg dah siap dijual rebus , kl rebus sendiri airnya tak perlu diambil ) – Udang geragau rebus
** Kalau takde guna isi udang fresh sahaja
**Kukus isinya kemudian dikisar halus
1/2 mangkuk kecil taucho ( lenyek kasar )
2 keping tempe dikisar halus
1/2 kg daging tetel – rebus ( air rebusan jgn dibuang )
1 1/2 senduk nasi rempah daging
Gula garam secukup rasa

Cara Penyediaan:
1- Kisar bawang besar bawang putih halia serai dan lengkuas
2- Panaskan minyak dan tumis garing
3- Bila dah garing masukkan rempah kari daging dan masak sehingga pecah minyak
4- Matikan api dan ketepikan
5- Kisar keledek udang geragau ikan bilis buah keras dan tempeh. Nak kisar semua sekali pun ok nak kisar asing pun ok. Taucho dilenyek kasar jika nak kisar halus pun ok
6- Satukan kesemua bahan diatas bersama air rebusan daging ini dan masak sehingga mendidih
7- Tambah air jika perlu. Jgn terlalu byk nanti kuahnya cair
8- Bila dah mendidih masukkan rempah yg telah ditumis tadi
9- Masak sehingga pekat
10- Masukkan garam gula dan perasa

  • Add Your Comment