KUIH SIPUT BONDA

kuih siput bonda

KUIH SIPUT

Bahan-bahan (Anggaran 1 balang sederhana)

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
50gm marjerin
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk udang kering
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
Sedikit serbuk perasa (optional)
3 sudu kecil serbuk cili (boleh kurangkan jika tak mahu pedas)
Daun kari

Bahan-bahan (Anggaran 1 balang besar)

600 gram tepung gandum
220 gram marjerin | dicairkan
6 tangkai daun kari – untuk di campur dalam minyak semasa menggoreng
2 tangkai daun kari – kisar kasar / cincang
2 sudu besar serbuk – kari
15 gram serbuk jintan manis
15 gram serbuk jintan putih
15 gram udang kering – di goreng dan kisar
2 ulas bawang putih – dihiris halus dan digoreng serta dikisar
1 biji telur
150 ml air – jangan masukkan semua
Garam secukupnya

Cara-cara membuatnya:

1. Marjerin dicairkan dan sejukkan sebentar (suam-suam). Ketepikan.

2. Gaul tepung bersama serbuk kari dan marjerin yang telah dicairkan tadi. Ketepikan.

3. Kisar udang kering yang digoreng bersama bawang putih.

4. Dalam satu bekas, campurkan bahan kisar dan gaul rata bersama garam. Kemudian masukkan bahan-bahan lainya tadi ke dalam adunan tepung yang telah disebatikan dengan marjerin.

5. Gaul rata. Masukkan telur ke dalam adunan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sampai betul-betul sebati. Jangan tuang air terus kalau dah tak melekat tandanya sudah okay. (Ramas dengan hujung jari margerin dan tepung, bila dah rata campurkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Uli hingga mnjadi satu doh yang kental. (macam buat doh roti canai…)

6. Cubit sedikit adunan, gentel bagi bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.

7. Panaskan minyak, goreng lah kuih siput dengan api sederhana. jangan kuat sangat supaya masak dalamnya dan ranggup, kerana ia agak tebal. Bila sudah 5 minit menggoreng, masukkan setangkai daun kari yang telah dilurut daunnya.

8. Bila sudah garing dan masak, angkat dan tos kan.

  • Add Your Comment