
KEREPEK PISANG TANDUK
Bahan-bahan:
1 sisir pisang tanduk (lebih kurang 5-8 biji) – di buang kulitnya
Air garam
Pisau penyagat
Minyak masak
Cara-cara:
-Panaskan minyak dalam kuali
-Sagat pisang tanduk di atas kuali bagi mengelakkan pisang itu lebam (warna pucat)
-Renjiskan air garam ikut citarasa – lebihkan jika mahu masin sedikit
-Bila warna pisang tanduk bertukar kuning keperangan, bolehlah di angkat dan masukkan ke dalam bekas yang kedap udara.
Nota:
Pisang tanduk tidak perlu ditambah pewarna kerana warna asalnya sahaja sudah cukup menonjolkan kesegaran sesuatu kerepek itu.
Selamat mencuba drp Seharum Dapur Bonda KC