BUBUR BIJI DELIMA BERSAMA MANGGA

bubur biji delima dgn mangga

RESEPI BUBUR BIJI DELIMA BERSAMA MANGGA

Bahan-bahan:

Santan pekat
Garam
Gula

Cara-cara Penyediaan:

Masak santan pekat campur secubit garam dan sedikit gula.. Dah mendidih, masukkan hirisan mangga masak.. Dah siap masak, masuk biji delima.

Bahan butir delima:

1 paket tepung ubi, dibahagi dua
sedikit pewarna merah

Mula2, ambil sedikit tepung ubi dan tabur atas papan pencanai.. Ambil sebahagian tepung ubi dan dibancuh dengan air secukupnya…Tuangkan ke atas papan pencanai yang telah ditabur tepung ubi tadi. Ratakan dan biarkan kering sedikit.. Bancuh satu bahagian lagi dan warnakan merah. Tuang ke atas lapisan putih. Biar kering dan mengeras. Setelah itu, bolehlah dipotong kecil2 dan direbus ke dalam air mendidih hingga kelihatan jernih. Toskan dan siram dibawah aliran air paip. Selepas itu, direndam ke dalam air sejuk. Apabila hendak menghidang, toska airnya dan masukkan ke dalam bubur tadi. Siap untuk disajikan.

nota : biji delima ni boleh dicampur dengan nangka, selasih, cendol dan lain2 untuk menghasilkan yang sedap..saya guna msngga, boleh dicampur gula merah dan santan..

Selamat mencuba.

  • Add Your Comment