1/2 cawan gula
1/2 cawan madu
250g smooth peanut butter
Secubit garam (supaya ada rasa sweet-salty)
4 cawan cornflakes
Segenggam badam nibs (disangai)
Cara-Cara Penyediaan
Masukkan gula dan madu ke dalam periuk di atas api sederhana sehingga gula larut dan kedua-dua bahan bergabung. Didihkan.
Apabila mendidih, alihkan dari api. Masukkan peanut butter dan kacau sehingga sebati dengan didihan gula dan madu. Masukkan garam dan kacau rata.
Masukkan cornflakes ke dalam mangkuk besar. Tuangkan campuran peanut butter tadi ke atas cornflakes dan gaul rata. Sprinkle almonds semasa menggaul.
Masa tengah suam-suam, bentukkan mengikut kesukaan.
Letakkan atas kertas minyak dan biarkan sejuk dan set (boleh diletakkan di dalam peti sejuk).
Hiaskan mengikut citarasa. Boleh cairkan coklat masakan dan drizzle on top.
Siap!
