BINGKA ROTI KUKUS PANDAN

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN

RESEPI BINGKA ROTI KUKUS PANDAN

Bahan-Bahan
8-10 keping roti putih
400 ml santan – akak guna santan segar dari 1/2 biji kelapa
1 cawan gula (akak 1/2 cawan je)
4 biji telor – ( buang tali pusatnya)
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan – akak guna pewarna hijau pandan
3 helai daun pandan – disimpul (akak mesin dgn santan kemudian tapiskan)

Cara-Cara:-
Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang bulat 8 inci (sapu dulu loyang dengan sedikit mentega). Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 – 20 minit. (balut penutup kukusan dgn kitchen towel agar air kukusan tidak menitis di permukaan bingka).
Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba….

  • Add Your Comment