By: Adnan Ibrahim
140 gram mentega (mat guna jenama “Anchor”)
145 gram tepung gandum*
80 gram tepung kastarad* ~ custard powder
40 gram Horlick*
40 gram gajus, kisar halus*
30 gram cocoa crunch, kisar halus*(*A)
40 gram gula aising
1 kuning telur
1/4 camca teh esen vanilla
Bahan Hiasan
Coklat masakan secukupnya
1/4 camca teh lemak sayur
Coklat masakan berperisa strawberry secukupnya
Gula hiasan bentuk hati secukupnya
Putar mentega dan gula aising hingga sebati.
Masukkan kuning telur dan putar rata.
Perlahankan kelajuan, masukkan esen vanilla dan juga bahan bertanda (*A) sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh (doh memang lembut sedikit, tapi anda biarkan ianya terdedah pada udara untuk 10 – 15 minit, nanti doh jadi OK).
Canai doh antara 2 keping plastik setebal 0.5 cm.
Terap dengan acuan bentuk hati, susun dalam loyang pembakar, jarak kan sikit, sebab biskut akan mengembang sedikit dalam proses memasak.
Buat hingga siap. Bakar pada suhu 175C selama 15 – 20 minit, bergantung pada oven masing.
Bila masak, biar sekejap dalam loyang hingga suam dan baru dialihkan atas jaringan sepenuhnya.
Sementara itu cairkan coklat masakan secara kaedah “double- boiler”, masukkan lemak sayur. Kacau rata.
Bila biskut sejuk, celupkan permukaan biskut tadi dalam coklat masakan, susun atas jaringan kembali.
Hias dengan gula hiasan bentuk hati, atas biskut tadi.
Buat hingga selesai dan biar sekejap hingga coklat mengeras.
Cairkan pula coklat masakan berperisa strawberry tadi, gunakan kaedah double-boiler.
Gunakan api paling kecil semasa proses mencairkan.
Isi dalam piping beg dan drizzle kan zig-zag atas biskut tadi, biar coklat mengeras baru simpan dalam bekas kedap udara.