AYAM PAPRIK
Bahan-bahan:
½ ekor ayam – dipotong kecil2
4 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 labu bawang besar – dimayang
2 batang serai – dititik
2 biji buah tomato – dipotong
4-5 biji cili padi – ditumbuk
bunga kobis, kacang buncis @ panjang, karot dan jagung muda
sedikit sos tomato
sedikit sos cili
sedikit sos tiram
kicap manis
serbuk perasa
Cara:
Panaskan kuali. Gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jangan terlalu garing). Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi yang ditumbuk, kacau sekejap. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis dan serbuk perasa. Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. Masukkan serai, daun limau purut, ayam yang digoreng tadi dan sayur-sayuran. Bila dah mendidih, masukkan bawang besar dan buah tomato. Biarkan seketika dan boleh tutup api. Semasa menghidang, perahkan limau kasturi.
