Bahan-bahan:
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil) guna bahagian peha ayam jer 2 ketul
Bahan perap ayam:
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir
2 sudu besar herba campuran/mix herb mccormick (kalau tak ada boleh letak campuran dried parsley, oregano + basil)
1 1/2 sudu teh garam halus
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan
Sedikit mentega
Cara:
Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan. Perap selama 1 1/2 jam. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.
